Tentang kami

Yayasan Nur Ramlah

Siapa Kami?

Ditubuhkan pada 24 Jun 2014, Yayasan Nur Ramlah ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang bertekad memperkasa golongan memerlukan melalui pendidikan, dakwah, dan kebajikan. Berteraskan nilai-nilai Islam, kami percaya bahawa pelaburan saham akhirat boleh disegarkan menerusi penyebaran ilmu, budaya membaca, dan inisiatif kemasyarakatan yang berterusan.

Visi Kami

Menyegarkan pelaburan saham akhirat melalui medium pendidikan, dakwah, dan kebajikan yang berterusan.

Yayasan Nur Ramlah diasaskan dengan hasrat untuk menjadikan ilmu sebagai asas perubahan masyarakat. Kami percaya bahawa setiap amal kebaikan yang berlandaskan ilmu — sama ada melalui pendidikan, pembacaan, atau program kebajikan — mampu menjadi saham akhirat yang kekal. Berbekalkan semangat dakwah dan nilai-nilai Islam, kami ingin membina ruang di mana masyarakat bukan sahaja menerima manfaat, tetapi juga turut serta menyumbang kepada usaha yang berpanjangan ini. Moga setiap langkah kecil ini menjadi sebab kepada kebaikan yang besar, insya-Allah."

Ustaz Muhammad Hasnil Bin Abu Bakar

Pengarah , Yayasan Nur Ramlah

Misi Kami

Bantuan Kemanusiaan:

Menyalurkan bantuan tanpa mengira latarbelakang bagi menyokong golongan memerlukan secara berterusan.

Penerbitan:

Menghasilkan bahan bacaan santai berteraskan agama yang mudah diakses dan bermanfaat.

Bahan Bacaan Digital:

Menyediakan bahan bacaan digital berunsur Islam untuk memperluaskan capaian dakwah secara lebih inklusif melalui platform digital.

Pendidikan:

Seminar, bengkel, dan majlis ilmu dalam pengajian Al-Quran, Fardhu Ain dan pembangunan kendiri, demi generasi berilmu dan berakhlak mulia.

Objektif Kami

Membantu melahirkan generasi berpengetahuan dan berakhlak mulia melalui pengajian Al-Quran, Fardhu Ain dan kendali diri.

Menggalakkan budaya membaca dan perkongsian ilmu melalui buku mini santai yang mudah disebarkan.

Memanfaatkan platform digital dan media sosial untuk memperluaskan capaian dakwah dan kesedaran masyarakat.

Program & Aktiviti Kami

Bantuan Kewangan:

Memberi sokongan kewangan kepada individu dan keluarga memerlukan.

Bimbingan & Pengajaran:

Sesi bimbingan akademik dan pembangunan peribadi kepada pelajar.

Program Pemakanan:

Pengagihan makanan berkhasiat kepada golongan kurang berkemampuan.

Penajaan Pendidikan:

Membantu pelajar kurang berkemampuan melalui tajaan pendidikan dan keperluan pembelajaran.

Biasiswa:

Pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang yang memerlukan.

Infaq Ilmu:

Mengedarkan buku agama kepada masyarakat, serta menggalakkan budaya infaq untuk percetakan seterusnya.

Pemegang Amanah

Ustaz Mohammad Hasnil Bin Abu Bakar

Ustaz Mohammad Hasnol Bin Abu Bakar

Norhayati Binti Yaacob

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop

    Copyright © 2025 Yayasan Nur Ramlah. All rights reserved.