Program
Aktiviti Yayasan Nur Ramlah
Tahun 2025
PElancaran buku terbitan baharu YNR -
PaLeStin: SenYaP itu JeNayaH
MEI 2025
Pelancaran Buku 'Palestin: Senyap Itu Jenayah' karya Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar telah berlangsung dengan penuh makna di Pentas Dunia Buku, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 bersama tetamu jemputan Prof. Kamaruzzaman Yusoff dengan kerjasama Intouch Publication dan MSGA Sdn. Bhd.





bantuan dana permulaan siswa sesi 1/2025
10 JUn 2025
Pelancaran program Bantuan Dana Permulaan Siswa baharu bagi menyokong pelajar melanjutkan pengajian tinggi. Bagi sesi pertama 2025, seramai 30 pelajar terpilih menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi meringankan beban permulaan pengajian. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan yayasan dalam menyokong pendidikan dan akan diteruskan setiap tahun, InshaAllah.

TakliMat DaNa PeRmuLaan Siswa Sesi 1/2025
20 julai 2025
Sesi taklimat secara dalam talian bersama penerima bantuan siswa RM1,000 bagi Sesi 1/2025. Taklimat diisi dengan pengenalan yayasan, diikuti tazkirah bertajuk “Amanah Ilmu Untuk Masa Hadapan” oleh Ustaz Mohd Hasnil (Pengarah YNR). Sesi turut diserikan dengan perkongsian daripada Dr. Syahmi (CEO AMG Community) berkenaan inisiatif tambahan ToneWow, iaitu peluang pendapatan sampingan kepada pelajar melalui kerjasama YNR-AMG.




KuLiaH SuBuh - PaLeStiN: SenYaP itu JenaYaH
26 JULAI 2025
Kuliah Subuh oleh Ustaz Hasnol Abu Bakar telah berlangsung di Surau Al-Amin, Cheras, menyentuh topik penting bertajuk "Palestin: Senyap Itu Jenayah" — sebuah karya tulisan saudara kembar beliau, Ustaz Hasnil Abu Bakar, yang juga merupakan buku terbitan Yayasan Nur Ramlah.
Kupasan yang disampaikan cukup menyentuh hati, memperincikan penderitaan rakyat Palestin, kepekaan yang wajar dimiliki oleh umat Islam, dan tanggungjawab besar kita sebagai saudara seakidah. Sebagai usaha menyebarkan kesedaran dan kefahaman, buku ini turut diwaqafkan dan diedarkan kepada jemaah surau.
mesyuarat gaBungan ngO #Humanity4Gaza
30 julai 2025
Yayasan Nur Ramlah (YNR) telah menyertai Mesyuarat Gabungan NGO #Humanity4Gaza bersama beberapa badan kemanusiaan lain. Presiden Muslim Care Malaysia memaklumkan keadaan di Gaza semakin terdesak — RM200 untuk sekilo tepung, RM5 untuk seulas bawang putih. Bantuan makanan hanya dapat dihantar seminggu sekali, dan air bersih 15,000 liter sehari sahaja. YNR, diwakili Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar, menyatakan sokongan terhadap Himpunan Perdana Solidariti Ummah: Malaysia Bangkit untuk Gaza yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2025 di Dataran Merdeka.
Kerjasama Yayasan Nur Ramlah–MTC Group dalam Inisiatif Palestin
4 ogos 2025
Yayasan Nur Ramlah (YNR) telah mengadakan sesi penyerahan buku Palestin: Senyap Itu Jenayah kepada warga kerja MTC Group, selaku syarikat penaung yang telah menubuhkan YNR. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dakwah dan advokasi kemanusiaan YNR, dengan harapan agar setiap penerima dapat memahami realiti yang berlaku di bumi Palestin serta meningkatkan kepekaan terhadap penderitaan saudara-saudara kita di sana.
Melalui kerjasama erat bersama MTC Group, YNR berharap usaha ini dapat menyemarakkan budaya membaca yang bermanfaat dalam kalangan warga korporat, di samping menyampaikan mesej kemanusiaan yang penting kepada lebih ramai pihak. Semoga usaha kecil ini menjadi pencetus kepada kesedaran yang lebih mendalam dan tindakan yang lebih bermakna dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.














Bengkel PenuliSan ebOOk bersama SimpleShida
10 Ogos 2025
Bengkel Penulisan eBook bersama Simple Shida telah berlangsung di Pusat Dagangan Alam Jaya, Puncak Alam, dengan kehadiran seramai 15 peserta daripada pelbagai bidang.Puan Shida telah berkongsi pengalaman beliau serta membimbing peserta langkah demi langkah dalam penulisan eBook, termasuk cara untuk menerbitkannya dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan.Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi langkah awal untuk menghasilkan karya sendiri.






Program Ambang Merdeka 2025 - Pertubuhan Kebajikan Al- hidayah x Yayasan Nur Ramlah
10 ogos 2025
Ustaz Hj. Mohammad Hasnil bin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Nur Ramlah telah menghadiri Program Ambang Merdeka 2025 kolaborasi Pertubuhan Kebajikan Al Hidayah dan Yayasan Nur Ramlah.Beliau telah menyampaikan ucapan serta tazkirah ringkas bagi mewakili Yayasan Nur Ramlah, diikuti dengan penyampaian Bakul Rezeki kepada 30 orang asnaf.Semoga kerjasama dan ukhuwah yang terjalin ini terus subur demi manfaat bersama.

Temu mesra dengan Pejabat Mufti Melaka
11 Ogos 2025
Rombongan Yayasan Nur Ramlah yang diwakili oleh Ustaz Hasnil telah berkunjung ke Pejabat Mufti Melaka bagi sesi Temu Mesra penuh ukhuwah dan perkongsian bermanfaat.Dalam pertemuan ini, beliau memperkenalkan edisi baharu buku “Apa Khabar Pesakit” terbitan YNR untuk kegunaan dakwah di negeri Melaka. Buku-buku YNR ini turut dipamerkan seiring dengan kit Wuduk & Tayammum keluaran Pejabat Mufti Melaka sebagai bahan sokongan dakwah kepada pesakit.Semoga kerjasama ini menjadi asbab manfaat yang berpanjangan buat para pesakit dan masyarakat di Melaka, insya-Allah.

Asean Muslim Convention & Business Award
16 ogos 2025
Pihak Yayasan Nur Ramlah (YNR) bersama MSGA Group Sdn. Bhd. telah menyertai Majlis Ukhwah & Kolaborasi di Kota Padang, Sumatera Barat bersama delegasi Malaysia, Indonesia & Singapura. Majlis ini menjadi medan suai kenal dan membuka banyak ruang kerjasama dalam usaha dakwah serantau. Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Hasnil Abu Bakar atas pengiktirafan “Visionary Ummah Leader Award” yang diterima pada majlis tersebut. Semoga langkah kecil ini menjadi titik tolak kepada sinergi dakwah yang lebih luas dan berkesan di masa hadapan.

Perbincangan Perbadanan Wakaf Selangor (pws)
19 Ogos 2025
Sejumlah buku terbitan Yayasan Nur Ramlah telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor dalam majlis pertemuan bersama Koperasi Alumni Haji yang berlangsung di Kompleks MAIS, Shah Alam baru-baru ini.Yayasan Nur Ramlah mendoakan agar ruang kerjasama yang lebih khusus dapat diwujudkan bagi tujuan mewakafkan bahan-bahan tersebut, seterusnya memperluaskan sebaran dakwah di negeri Selangor.Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik yang lebih berkesan dalam menyebarkan ilmu dan dakwah pada masa akan datang. Yayasan Nur Ramlah mendoakan agar ruang kerjasama yang lebih khusus dapat diwujudkan bagi tujuan mewakafkan bahan-bahan tersebut, seterusnya memperluaskan sebaran dakwah di negeri Selangor.Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik yang lebih berkesan dalam menyebarkan ilmu dan dakwah pada masa akan datang.


Khuliah Dhuha Bulanan
22 ogos 2025
Pihak YNR meneruskan Siri ke-2 Kuliah Bulanan di Hospital UiTM Puncak Alam. Majlis ini terbuka kepada semua kakitangan hospital serta waris pesakit yang sedang melawat di wad.Sebagai tanda ingatan, pihak YNR mengedarkan secara hadiah buku Doa Mustajab dan Apa Khabar Pesakit kepada semua tetamu dan kakitangan.Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, diikuti tazkirah, dan diakhiri dengan jamuan.

Tahun 2024
Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yaasin Pembukaan Pusat Aktiviti YNR
Januari 2024
Majlis ini telah diadakan sempena pembukaan rasmi Pusat Aktiviti Yayasan Nur Ramlah. Pihak yayasan turut memberi sumbangan wakaf kepada Pusat Pendidikan Al-Hikmah sebagai tanda sokongan kepada institusi pendidikan setempat.



Sumbangan Bubur Lambuk
Mac 2024
Program edaran bubur lambuk secara percuma kepada komuniti sempena bulan Ramadan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al-Hidayah KL.



Jejak Asnaf Ramadan 1445H
Mac 2024
Sumbangan wang diberikan kepada program tahunan SRICU sebagai inisiatif membantu keluarga asnaf menjelang Ramadan.



QuranTime di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)
April 2024
Bersama pihak Hospital dalam menjayakan program QuranTime 2024 bersama kakitangan dan peserta yang terlibat.


Tahun 2023
Pemasaran & Waqaf Buku Mini YNR
Sepanjang tahun 2023
Sebagai lanjutan kepada usaha dakwah melalui penulisan, Yayasan Nur Ramlah telah giat memasarkan dan mewaqafkan buku-buku mini kepada pelbagai komuniti sepanjang tahun 2023.
Infaq Bubur Lambuk Ramadhan @ PPRT Intan Baiduri
Mac 2023
Dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Al Hidayah PPR Taman Wahyu, aktiviti infaq bubur lambuk sempena Ramadhan ini turut disertai dengan edaran buku mini YNR kepada penduduk setempat sebagai bahan bacaan santai yang penuh pengisian.

Sumbangan Buku untuk Program Iftar Perdana MaQTaR KuiZm
ApriL 2023
Buku-buku YNR disumbangkan bagi memeriahkan majlis berbuka puasa anjuran MAQTAR, sebagai nilai tambah spiritual untuk para hadirin.

Waqaf Buku @ Hospital UiTM Puncak Alam
23–24 Mei 2023
Sebanyak 300 buah buku telah diwaqafkan kepada pesakit dan pengunjung Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA. Inisiatif ini bertujuan untuk membawa ketenangan jiwa dan pengisian rohani pesakit dan waris dalam waktu rawatan.



Penerbitan Buku Terbaru
2023
Dua judul baharu telah diterbitkan dan menyertai koleksi dakwah mini YNR:
1. Inilah Neraka – (cetakan semula dengan kemaskini)
2. Nabi Daud – Kisah Nabi Daud untuk bacaan umum


Program Qorban YNR 2023
1 – 3 Julai 2023
Program ibadah korban telah dilaksanakan dengan lancar melibatkan penyembelihan dan pengagihan daging korban kepada golongan asnaf dan komuniti setempat.








Kerjasama Infaq Buku dengan My Grocer
19 Ogos 2023
Melalui inisiatif bersama My Grocer, buku mini YNR telah diedarkan secara waqaf kepada penduduk setempat.



Renovasi Bilik Kuliah & Mesyuarat YNR
8–23 November 2023
Transformasi ruang pejabat ini bertujuan memperkasa suasana kerja dan pembelajaran yang lebih selesa bagi aktiviti dalaman YNR.







Lawatan ke Yayasan Al-Jenderami
14 Disember 2023
Lawatan ini membuka peluang kolaborasi dakwah serta perkongsian pengalaman antara dua institusi.




Tahun 2022
Penerbitan Buku Mini Dakwah
Sepanjang tahun 2022
Sebagai salah satu usaha dakwah yang berterusan, Yayasan Nur Ramlah telah menerbitkan buku mini bertemakan ilmu dan nasihat Islam untuk bacaan santai masyarakat umum. Pada 12 Ogos 2022, sebanyak 14 buah buku telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diiktiraf sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum.
Buku-buku ini telah pun tersebar luas bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga hingga ke Indonesia, Mekah dan Madinah, membawa mesej kebaikan dan inspirasi kepada lebih ramai pembaca.
Senarai Buku Mini Dakwah:
- Apa Khabar Pesakit
- Mabrur – Jalan Menuju Allah
- Aku Rindu Cintai Madinah
- Sayangi Kaabah Kiblat Kita
- Fakta Kursus Umrah
- Berkatilah Pengantin
- Berdamailah dengan Takdir
- Doa Mustajab
- Inilah Neraka
- Itulah Syurga
- Syaitan Musuh Yang Nyata
- 4 Bulan Haram
- Lambaian Kaabah
- Infaq Segunung Uhud








Sumbangan Sosial Kepada Komuniti
Mac 2023
Yayasan Nur Ramlah terus komited menyantuni golongan memerlukan melalui bantuan kewangan dan sokongan sosial:
- En. Saiful – Seorang mualaf yang menyara kakaknya yang kematian suami di PPR Pekan Batu.
- Ustaz Shafie – Bantuan kewangan bagi pembelian kaki palsu.
- Zahrin – Sumbangan untuk menampung kos rawatan hospital akibat sakit jantung.
- Wilkend – Bantuan ehsan bagi kos pengangkutan jenazah ibunya dari IJN ke Sarawak




Tahun 2019
Kelas Al-Quran Dewasa Muslimat & Asas Al-Quran (Rumah Ngaji PPR Pekan Batu)
Sepanjang tahun 2019
Setiap Isnin malam di Rumah Ngaji PPR Pekan Batu, ruang kecil di flat komuniti ini menjadi tempat berkumpulnya para Muslimat untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran tanpa mengira peringkat kemahiran pembacaan al-Quran mereka.
Pada minggu pertama dan ketiga, pelajar yang sudah boleh membaca akan menyemak bacaan satu muka surat Al-Quran secara bergilir. Penekanan diberi pada tajwid dan pemahaman, diselangi kuiz ringkas serta tazkirah yang menyentuh aspek kehidupan seharian.
Sementara itu, minggu kedua dan keempat dikhususkan untuk kelas asas bagi mereka yang masih bertatih mengenal huruf bahasa Arab dan pembelajaran Iqra. Dengan penuh kesabaran, Ustaz Ghazali membimbing setiap seorang pelajar yang hadir.
Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ramlah, termasuk elaun pengajar. Ia terbuka secara percuma untuk penduduk setempat.



Kelas Al-Quran & Iqra Remaja dan Kanak-Kanak @ Rumah Ngaji PPR Pekan Batu
Sepanjang tahun 2019
Setiap Jumaat malam, Rumah Ngaji dipenuhi suara bacaan anak-anak remaja dan kanak-kanak. Mereka dibimbing dua ustazah berdedikasi yang menyemak bacaan satu persatu, menyesuaikan pengajaran mengikut tahap pelajar.
Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ramlah, termasuk elaun pengajar. Ia terbuka secara percuma untuk penduduk setempat.





Kelas Al-Quran Dewasa Muslimat @ Rumah Ngaji Jinjang Utara)
Sepanjang tahun 2019
Saban petang, golongan Muslimat berkumpul di Rumah Ngaji untuk memperbaiki bacaan al-Quran mereka. Dimulakan dengan zikir dan doa, kelas diteruskan dengan bacaan Surah Al-Mulk beramai-ramai, sebelum membaca Al-Quran seorang demi seorang di bawah bimbingan Puan Jumiah.
Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ramlah, termasuk elaun pengajar. Ia terbuka secara percuma untuk penduduk setempat.



Kelas Iqra Kanak-Kanak @ Rumah Ngaji Jinjang Utara
Isnin–Jumaat | 8 malam – 10 malam
Anak-anak kecil dari sekitar Jinjang Utara hadir setiap malam untuk kelas Iqra yang penuh kasih sayang. Bacaan doa membuka kelas, diikuti bacaan Iqra dua muka surat mengikut kemampuan masing-masing. Puan Jumiah sabar membimbing setiap anak – menjadikan pembelajaran satu pengalaman manis.
Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ramlah, termasuk elaun pengajar. Ia terbuka secara percuma untuk penduduk setempat.


Penerbitan Buku Mini Yayasan Nur Ramlah
Sepanjang tahun 2022
Pada tahun 2019, Yayasan Nur Ramlah menerbitkan beberapa buku mini sebagai bahan dakwah santai yang mudah diakses oleh masyarakat. Buku-buku ini dicetak semula beberapa kali atas permintaan.
Senarai Buku Mini Santai Dakwah:
- Apa Khabar Pesakit
- Berdamailah Dengan Takdir
- Berkatilah Pengantin
- Aku Rindu Cinta Madinah
- Muhasabah Mabrur
- Ahlan Wasahlan Ramadhan
- Fakta Kursus Umrah
