Program

Aktiviti Yayasan Nur Ramlah

Tahun 2026

kursus umrah bank rakyat

12 januari 2026

Kursus Umrah telah disampaikan oleh Ustaz Hasnil Abu Bakar kepada para peserta sebagai persediaan sebelum menunaikan ibadah umrah. Kursus ini berpandukan buku Umrah dan Doa Mustajab serta Sayangi Makkah Kiblat Kita anjuran Masuria Travel. Para peserta turut menerima naskhah buku doa sebagai panduan amalan sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suc

Himpunan Mualaf 2026 - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Cawangan Datuk Keramat)

18 januari 2026

Yayasan Nur Ramlah telah menyalurkan sumbangan kewangan bagi menyokong pelaksanaan Program Himpunan Mualaf 2026 anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat.

Sumbangan RM 10k bagi menyiapkan Masjid di Kousseri, Cameron Utara Afrika - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan

28 januari 2026

Yayasan Nur Ramlah telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan bagi membantu usaha menyiapkan pembinaan sebuah masjid di Kousseri, Cameroon, Utara Afrika. Sumbangan ini bertujuan menyokong pembangunan kemudahan ibadah bagi kegunaan komuniti Muslim setempat.

Dialog Harmoni Komuniti PERKIM - UNITY​

31 januari 2026

Yayasan Nur Ramlah telah menyalurkan sumbangan kewangan bagi menyokong pelaksanaan Program Dialog Harmoni Komuniti PERKIM - UNITY yang memfokuskan kepada komuniti bukan Muslim di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan menyampaikan mesej dakwah secara harmoni serta memperkenalkan nilai-nilai kehidupan beragama dalam Islam kepada para peserta.

Ziarah Rumah Anak Yatim Dan Asnaf As-Solihin

19 februari 2026

Program ziarah telah diadakan oleh Ustaz Hasnil dan Ustaz Hasnol ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan golongan anak yatim dan asnaf.

Kembara Mahabbah Ihya’ Ramadhan 2026 (Malaysia- Thailand 2026)

6-9 Februari 2026

Yayasan Nur Ramlah telah menyalurkan sumbangan sebanyak 600 naskhah buku Doa Mustajab kepada beberapa sekolah dan pusat tahfiz di selatan Thailand sempena Program Kembara Mahabbah Ihya’ Ramadhan 2026.

Sumbangan Ihya Ramadhan (Bubur Lambuk)- Pertubuhan Kebajikan Alhidayah Kuala Lumpur

17 februari - 17 mac 2026

Yayasan Nur Ramlah telah menyalurkan sumbangan kewangan kepada Pertubuhan Kebajikan Alhidayah Kuala Lumpur bagi pelaksanaan Program Ihya Ramadhan melalui penyediaan dan agihan bubur lambuk kepada masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadhan. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan serta membantu golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadhan

Program Manasik Haji TV AlHijrah - Tawaf mendidik jiwa kehambaan

25 Februari 2026

Program Manasik Haji anjuran TV AlHijrah telah diadakan sebagai platform pendidikan kepada masyarakat mengenai tatacara pelaksanaan ibadah haji. Program ini memberi pendedahan awal kepada bakal jemaah haji serta meningkatkan kefahaman mengenai rukun dan amalan haji secara praktikal.

Kuliah Khas Zohor Ramadan, Majlis Ilmu, & Kuliah Agama Mau

3 mac 2026

Kuliah Khas Zohor Ramadan telah diadakan sebagai sebahagian daripada Majlis Ilmu dan Kuliah Agama MAU dengan pengisian diskusi berasaskan Kitab Kecil yang disampaikan oleh Ustaz Hasnil bin Abu Bakar di Dewan Solat, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman agama serta menggalakkan penghayatan ilmu dalam kalangan jemaah sepanjang bulan Ramadan.

Majlis Iftar MTC

3 Mac 2026

Majlis Iftar MTC telah diadakan di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside sempena bulan Ramadan dengan penyertaan kakitangan MTC serta jemputan daripada Maahad Tahfiz Sungai Buloh dan Tahfiz Anak Yatim Kanchong Darat. Majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana berbuka puasa bersama. Ustaz Hasnil bin Abu Bakar turut hadir memimpin bacaan doa serta mengetuai solat tarawih sepanjang majlis berlangsung.

Majlis Iftar dan Penghargaan PERKIM Datuk Keramat

5 mac 2026

Majlis Iftar dan Penghargaan PERKIM Datuk Keramat telah diadakan di Hotel Ideas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bagi meraikan para penyumbang serta sukarelawan melalui sesi berbuka puasa bersama. Dalam majlis ini, Yayasan Nur Ramlah turut menerima sijil penghargaan sebagai Rakan Kerjasama Strategik PERKIM Cawangan Datuk Keramat sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.

Kuliah Subuh Ihya’ Ramadhan Seg

7 Mac 2026

Kuliah Subuh Ihya’ Ramadhan telah diadakan di Surau Eco Grandeur sebagai pengisian ilmu kepada para jemaah sempena bulan Ramadan, yang disampaikan oleh Ustaz Hasnil bin Abu Bakar. Kuliah ini bertujuan meningkatkan kefahaman agama serta menggalakkan penghayatan amalan harian dalam kalangan masyarakat setempat.

Jejak Dermawan Santuni Asnaf - YNR x SRICU x Pusat pengajian Al-ZAikri

7 mac 2026

Program Jejak Dermawan Santuni Asnaf telah dilaksanakan di Kampung Bukit, Pedalaman Dabong, Kuala Krai, Kelantan dengan kerjasama Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi dan Pusat Pengajian Al-Zikri. Program ini melibatkan penyampaian sumbangan daripada para penyumbang termasuk MTC dalam bentuk bakul makanan dan wang tunai kepada beberapa keluarga asnaf bagi meringankan beban mereka.

World #QuranHour 2026

11 Mac 2026

Program World #QuranHour 2026 telah dilaksanakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, IIUM Gombak, Selangor sebagai salah satu lokasi “hotspot” di Malaysia. Yayasan Nur Ramlah telah dilantik sebagai wakil pelaksana bagi menggerakkan program ini di Mekah dan Madinah bersama pembimbing serta jemaah umrah yang diketuai oleh Ustaz Hasnil Abu Bakar. Program ini menekankan penghayatan Surah al-Muzzammil melalui sesi bacaan, tadabbur dan penghayatan al-Quran secara beramai-ramai selaras dengan tema “Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia”.

MTC Open House Raya 2026

4 April 2026

Program Rumah Terbuka Aidilfitri MTC telah diadakan di MTC Group, Cyberjaya bagi meraikan sambutan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan para tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Hasnil bin Abu Bakar.

Tahun 2025

PElancaran buku terbitan baharu YNR -
PaLeStin: SenYaP itu JeNayaH

MEI 2025

Pelancaran Buku 'Palestin: Senyap Itu Jenayah' karya Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar telah berlangsung dengan penuh makna di Pentas Dunia Buku, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 bersama tetamu jemputan Prof. Kamaruzzaman Yusoff dengan kerjasama Intouch Publication dan MSGA Sdn. Bhd.

bantuan dana permulaan siswa sesi 1/2025

10 JUn 2025

Pelancaran program Bantuan Dana Permulaan Siswa baharu bagi menyokong pelajar melanjutkan pengajian tinggi. Bagi sesi pertama 2025, seramai 30 pelajar terpilih menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi meringankan beban permulaan pengajian. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan yayasan dalam menyokong pendidikan dan akan diteruskan setiap tahun, InshaAllah.

TakliMat DaNa PeRmuLaan Siswa Sesi 1/2025

20 julai 2025

Sesi taklimat secara dalam talian bersama penerima bantuan siswa RM1,000 bagi Sesi 1/2025. Taklimat diisi dengan pengenalan yayasan, diikuti tazkirah bertajuk “Amanah Ilmu Untuk Masa Hadapan” oleh Ustaz Mohd Hasnil (Pengarah YNR). Sesi turut diserikan dengan perkongsian daripada Dr. Syahmi (CEO AMG Community) berkenaan inisiatif tambahan ToneWow, iaitu peluang pendapatan sampingan kepada pelajar melalui kerjasama YNR-AMG.

KuLiaH SuBuh - PaLeStiN: SenYaP itu JenaYaH

26 JULAI 2025

Kuliah Subuh oleh Ustaz Hasnol Abu Bakar telah berlangsung di Surau Al-Amin, Cheras, menyentuh topik penting bertajuk "Palestin: Senyap Itu Jenayah" — sebuah karya tulisan saudara kembar beliau, Ustaz Hasnil Abu Bakar, yang juga merupakan buku terbitan Yayasan Nur Ramlah.

Kupasan yang disampaikan cukup menyentuh hati, memperincikan penderitaan rakyat Palestin, kepekaan yang wajar dimiliki oleh umat Islam, dan tanggungjawab besar kita sebagai saudara seakidah. Sebagai usaha menyebarkan kesedaran dan kefahaman, buku ini turut diwaqafkan dan diedarkan kepada jemaah surau.

mesyuarat gaBungan ngO #Humanity4Gaza

30 julai 2025

Yayasan Nur Ramlah (YNR) telah menyertai Mesyuarat Gabungan NGO #Humanity4Gaza bersama beberapa badan kemanusiaan lain. Presiden Muslim Care Malaysia memaklumkan keadaan di Gaza semakin terdesak — RM200 untuk sekilo tepung, RM5 untuk seulas bawang putih. Bantuan makanan hanya dapat dihantar seminggu sekali, dan air bersih 15,000 liter sehari sahaja. YNR, diwakili Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar, menyatakan sokongan terhadap Himpunan Perdana Solidariti Ummah: Malaysia Bangkit untuk Gaza yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2025 di Dataran Merdeka.

Kerjasama Yayasan Nur Ramlah–MTC Group dalam Inisiatif Palestin

4 ogos 2025

Yayasan Nur Ramlah (YNR) telah mengadakan sesi penyerahan buku Palestin: Senyap Itu Jenayah kepada warga kerja MTC Group, selaku syarikat penaung yang telah menubuhkan YNR. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dakwah dan advokasi kemanusiaan YNR, dengan harapan agar setiap penerima dapat memahami realiti yang berlaku di bumi Palestin serta meningkatkan kepekaan terhadap penderitaan saudara-saudara kita di sana.

Melalui kerjasama erat bersama MTC Group, YNR berharap usaha ini dapat menyemarakkan budaya membaca yang bermanfaat dalam kalangan warga korporat, di samping menyampaikan mesej kemanusiaan yang penting kepada lebih ramai pihak. Semoga usaha kecil ini menjadi pencetus kepada kesedaran yang lebih mendalam dan tindakan yang lebih bermakna dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Bengkel PenuliSan ebOOk bersama SimpleShida

10 Ogos 2025

Bengkel Penulisan eBook bersama Simple Shida telah berlangsung di Pusat Dagangan Alam Jaya, Puncak Alam, dengan kehadiran seramai 15 peserta daripada pelbagai bidang.Puan Shida telah berkongsi pengalaman beliau serta membimbing peserta langkah demi langkah dalam penulisan eBook, termasuk cara untuk menerbitkannya dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan.Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi langkah awal untuk menghasilkan karya sendiri.

Program Ambang Merdeka 2025 - Pertubuhan Kebajikan Al- hidayah x Yayasan Nur Ramlah

10 ogos 2025

Ustaz Hj. Mohammad Hasnil bin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Nur Ramlah telah menghadiri Program Ambang Merdeka 2025 kolaborasi Pertubuhan Kebajikan Al Hidayah dan Yayasan Nur Ramlah.Beliau telah menyampaikan ucapan serta tazkirah ringkas bagi mewakili Yayasan Nur Ramlah, diikuti dengan penyampaian Bakul Rezeki kepada 30 orang asnaf.Semoga kerjasama dan ukhuwah yang terjalin ini terus subur demi manfaat bersama.

Temu mesra dengan Pejabat Mufti Melaka

11 Ogos 2025

Rombongan Yayasan Nur Ramlah yang diwakili oleh Ustaz Hasnil telah berkunjung ke Pejabat Mufti Melaka bagi sesi Temu Mesra penuh ukhuwah dan perkongsian bermanfaat.Dalam pertemuan ini, beliau memperkenalkan edisi baharu buku “Apa Khabar Pesakit” terbitan YNR untuk kegunaan dakwah di negeri Melaka. Buku-buku YNR ini turut dipamerkan seiring dengan kit Wuduk & Tayammum keluaran Pejabat Mufti Melaka sebagai bahan sokongan dakwah kepada pesakit.Semoga kerjasama ini menjadi asbab manfaat yang berpanjangan buat para pesakit dan masyarakat di Melaka, insya-Allah.

Asean Muslim Convention & Business Award

16 ogos 2025

Pihak Yayasan Nur Ramlah (YNR) bersama MSGA Group Sdn. Bhd. telah menyertai Majlis Ukhwah & Kolaborasi di Kota Padang, Sumatera Barat bersama delegasi Malaysia, Indonesia & Singapura. Majlis ini menjadi medan suai kenal dan membuka banyak ruang kerjasama dalam usaha dakwah serantau. Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Hasnil Abu Bakar atas pengiktirafan “Visionary Ummah Leader Award” yang diterima pada majlis tersebut. Semoga langkah kecil ini menjadi titik tolak kepada sinergi dakwah yang lebih luas dan berkesan di masa hadapan.

Perbincangan Perbadanan Wakaf Selangor (pws)

19 Ogos 2025

Sejumlah buku terbitan Yayasan Nur Ramlah telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor dalam majlis pertemuan bersama Koperasi Alumni Haji yang berlangsung di Kompleks MAIS, Shah Alam baru-baru ini.Yayasan Nur Ramlah mendoakan agar ruang kerjasama yang lebih khusus dapat diwujudkan bagi tujuan mewakafkan bahan-bahan tersebut, seterusnya memperluaskan sebaran dakwah di negeri Selangor.Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik yang lebih berkesan dalam menyebarkan ilmu dan dakwah pada masa akan datang.​ Yayasan Nur Ramlah mendoakan agar ruang kerjasama yang lebih khusus dapat diwujudkan bagi tujuan mewakafkan bahan-bahan tersebut, seterusnya memperluaskan sebaran dakwah di negeri Selangor.Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik yang lebih berkesan dalam menyebarkan ilmu dan dakwah pada masa akan datang.

Khuliah Dhuha Bulanan

22 ogos 2025

Pihak YNR meneruskan Siri ke-2 Kuliah Bulanan di Hospital UiTM Puncak Alam. Majlis ini terbuka kepada semua kakitangan hospital serta waris pesakit yang sedang melawat di wad.Sebagai tanda ingatan, pihak YNR mengedarkan secara hadiah buku Doa Mustajab dan Apa Khabar Pesakit kepada semua tetamu dan kakitangan.Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, diikuti tazkirah, dan diakhiri dengan jamuan.

SumBanGan Buku Doa MustajaB kepada JeMaaH UmRah

2 september 2025

Yayasan Nur Ramlah telah menyumbangkan Buku Doa Mustajab kepada para jemaah umrah yang berlepas dari KLIA 1. Inisiatif ini bertujuan memberi bekalan rohani serta panduan doa kepada para jemaah sebagai rujukan semasa menunaikan ibadah, di samping menjadi tambahan amalan yang boleh dilakukan sepanjang berada di Tanah Suci. Semoga sumbangan ini dapat membantu memperkukuh pengalaman ibadah serta menjadi panduan berterusan walaupun selepas pulang ke tanah air.

Pondok moden Warga Emas Permata Iman di Perumahan awam Flat Seri Perak Bandar Baru Sentul

2 SEPTEMBER 2025

Yayasan Nur Ramlah telah menaja program selama tiga bulan di Pondok Moden Warga Emas Permata Iman, Bandar Baru Sentul. Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar turut meluangkan masa sehari mengajar di sana dengan menyampaikan Kuliah Dhuha mengenai keberkatan Bumi Syam serta mengijazahkan doa yang dimuatkan dalam buku “Palestin: Senyap Itu Jenayah” terbitan Yayasan Nur Ramlah.

Kunjungan ke ngo PaleStiN - Pertubuhan Harmoni Prihatin

1 Oktober 2025

Yayasan Nur Ramlah (YNR) telah menyumbangkan sebanyak 100 buah buku kepada Pertubuhan Harmoni Prihatin. Lawatan ini turut merangkumi sesi pertemuan oleh Ustaz Hasnil dengan Pengasas, Cikgu Hashim, bagi membincangkan kerjasama dan sokongan berterusan terhadap aktiviti kebajikan.

Sumbangan 200 buah buku terbitan YnR kepada Yayasan Food Bank di Johor

2 oKTOBER 2025

Sumbangan sebanyak 200 buah buku terbitan Yayasan Nur Ramlah , diantaranya buku bertajuk Apa Khabar Pesakit, Doa Mustajab, dan Berdamai dengan Taqdir, telah diberikan kepada Yayasan Food Bank di Johor. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai penerima agar dapat memperoleh ilmu dan inspirasi melalui buku-buku terbitan YNR.

Ziarah mahabbah ke Maahad Tahfiz di Umbai Melaka

4 Oktober 2025

Ustaz Hasnil Abu Bakar, Pengarah Yayasan Nur Ramlah telah melaksanakan Ziarah Mahabbah ke Maahad Tahfiz di Umbai, Melaka sebagai usaha memperkukuh hubungan dengan institusi pendidikan agama serta menyemai nilai penghayatan rohani dalam kalangan pelajar.

Ziarah Mahabbah ke Pusat Islam Masjid, UKM

6 oKTOBER 2025

Ziarah Mahabbah ini melibatkan Ustaz Hasnil Abu Bakar, Pengarah Yayasan Nur Ramlah bersama Dr PU Razi dan Ustaz Daniel Abd Rashid, Pegawai Agama Masjid UKM, bagi memperkukuh hubungan kerjasama serta program dakwah dan pengisian rohani di kalangan komuniti masjid.

Persidangan Serantau Manasik Haji 2025

7 Oktober 2025

Ustaz Mohd Hasnil telah menyampaikan sumbangan buku terbitan terbaru “Palestin: Senyap Itu Jenayah” kepada Ketua Rombongan Haji, Tuan Haji Hisham Harun, yang juga merangkap Ketua Jabatan Haji Tabung Haji.

Penyerahan tersebut diadakan di Hotel Doubletree by Hilton Putrajaya Lakeside sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin dalam kalangan jemaah haji.

Majlis Pelancaran Ebook "palestin: senyap itu jenayah" di persidangan meja bulat 2025 elite circle msga

11 oKTOBER 2025

Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar telah menghadiri Persidangan Meja Bulat 2025 Elite Circle MSGA yang menghimpunkan para penulis dan penggiat industri penerbitan. majlis tersebut diisi pelbagai acara termasuk sesi pelancaran rasmi, penyampaian sijil penghargaan, jamuan khas, penerbitan Majalah MSGA serta sesi jaringan dan perbincangan kolaborasi strategik. Beliau turut mengambil peluang ini untuk melancarkan versi terbaharu buku Palestin: Senyap Itu Jenayah, sebagai usaha penyebaran ilmu dan kesedaran.

Majlis Makan Malam dan Ceramah bersama Ustaz Muzayyanah

26 Oktober 2025

Yayasan Nur Ramlah (YNR) telah menyumbang sebanyak RM3,000 kepada Yayasan Amal Mabrur dan turut menaja pembelian meja berjumlah RM600 sempena majlis makan malam dan ceramah yang dikendalikan oleh Ustaz Muzayyanah.

Persidangan Pengurusan Harta Keluarga Islam Tahun 2025 anjuran ikim

4-5 novemBer 2025

Persidangan Pengurusan Harta Keluarga Islam 2025 anjuran IKIM membincangkan isu perancangan dan tadbir urus harta keluarga Islam serta perkongsian ilmu dalam kalangan pengamal dan institusi berkaitan. Yayasan Nur Ramlah diwakili oleh pemegang amanahnya, Ustaz Hasnil Abu Bakar, Ustaz Hasnol Abu Bakar dan Puan Norhayati Yaacob, yang turut mengikuti sesi persidangan di Hotel Tenera, Bangi.

Perkim Datuk Keramat Dan ynr santuni Banduan Parol wangsa Maju

5 novemBer 2025

PERKIM Datuk Keramat dan Yayasan Nur Ramlah telah mengadakan program santunan kepada banduan parol di Wangsa Maju, termasuk sesi bimbingan Cahaya Tazkirah serta pelancaran khas kelas bimbingan Al-Quran dan Fardu Ain.
Ustaz Hasnil Abu Bakar hadir sebagai pendakwah dan menyampaikan tazkirah bertajuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, bertujuan membimbing para banduan parol ke arah penghayatan Islam serta mendorong penyertaan aktif dalam kelas bimbingan yang disediakan.

IlMu sebagai Cahaya: menerangi jaLan para Pemimpin Umat masa Depan

8 novemBer 2025

Program ini menekankan transformasi ilmu melalui teknologi, termasuk inisiatif AI Writing Revolution, yang mengubah buku cetak menjadi eBook sebagai usaha inspirasi dan pendidikan bagi pemimpin masa depan.

Kursus Umrah Perdana di Hospital Uitm Puncak Alam

10 novemBer 2025

Kursus Umrah Perdana ini diadakan bagi memberi panduan praktikal dan rohani kepada peserta dalam persiapan menunaikan ibadah umrah. Program ini melibatkan pengisian ilmu, latihan ibadah, dan bimbingan khusus untuk kakitangan Hospital UiTM Puncak Alam dan disampaikan oleh Ustaz Hasnil Abu Bakar, Pengarah Yayasan Nur Ramlah.

Ceramah berkaitan isu Palestin oleh Ustaz Hasnol Abu Bakar

23 novemBer 2025

Ustaz Hasnol Abu Bakar telah menyampaikan ceramah mengenai isu Palestin di Masjid Al-Hidayah, Paya Besar, Daerah Kuantan Bara. Sebanyak 100 naskhah buku “Palestin: Senyap Itu Jenayah” diedarkan dan habis dibeli oleh peserta, sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap isu Palestin dalam kalangan jemaah.

Ceramah maghrib BErteraskan buku terbitan Ynr, "palestin: senyap itu jenayah"

3 disember 2025

Ustaz Hasnol Abu Bakar telah menyampaikan ceramah Maghrib di Masjid Nilai Impian dengan menjadikan buku terbitan Yayasan Nur Ramlah sebagai rujukan utama dalam pengisian rohani dan penyampaian dakwah.

Majlis Pemasyhuran Penulisan Antarabangsa 2025

5 Disember 2025

Ustaz Hasnil Abu Bakar telah menghadiri satu majlis yang memfokuskan kepada pemartabatan penulisan di peringkat antarabangsa serta pengiktirafan kepada pengkarya terpilih. Majlis tersebut turut mengetengahkan peranan penerbitan buku sebagai medium penting dalam pendidikan dan dakwah.Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan Yayasan Nur Ramlah terhadap usaha memperkasa dunia penulisan dan penyebaran ilmu melalui platform penerbitan.

Bimbingan Pengurusan & Bimbingan Agama untuk Kakitangan MMHE dan kapal MTC ledang

10 & 11 disember 2025

Ustaz Hasnil Abu Bakar dan Ustaz Hasnol Abu Bakar telah mengadakan lawatan khas ke MMHE bagi menyampaikan bimbingan agama dan nasihat kerohanian kepada kru Kapal MTC Ledang.Pengisian tersebut memberi penekanan kepada pengukuhan nilai kerja, pembinaan sahsiah serta pemantapan rohani dalam kalangan anak kapal.

Program Street Dakwah di Stadium Bukit Jalil

14 Disember 2025

Program ini mengajak generasi muda mengutamakan solat walaupun berada dalam suasana hiburan dan perlawanan bola sepak. Antara bahan dakwah yang diedarkan termasuk flyers seruan solat serta buku kecil terbitan Yayasan Nur Ramlah, Doa Mustajab untuk memudahkan peserta mengamalkan amalan harian.Yayasan Nur Ramlah turut menyalurkan sumbangan kewangan berjumlah RM550 kepada Rintis Consultancy, penganjur program, sebagai sokongan terhadap usaha mendekatkan golongan muda dengan amalan keagamaan.

Misi Bantuan Kemanusiaan anjuran Kelab Penulis Muda Malaysia (KPMM)

14 disember 2025

Yayasan Nur Ramlah telah menyalurkan bantuan keperluan asas serta sokongan segera kepada mangsa banjir dan tanah runtuh melalui sumbangan kewangan sebanyak RM5,000. Usaha ini bertujuan meringankan beban komuniti yang terkesan.Bantuan disalurkan melalui misi kemanusiaan anjuran Kelab Penulis Muda Malaysia (KPMM) di Padang, Sumatera Barat, bagi memastikan bantuan sampai terus kepada mereka yang memerlukan.

Misi Bantuan Kecemasan Banjir Besar Melanda Sumatera Barat dan Sumatera Utara

14 Disember 2025

Yayasan Nur Ramlah (YNR) telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM4,000 melalui Pertubuhan Kebajikan Teroka Insani Kuala Lumpur (TEROKA) bagi meringankan beban mangsa banjir besar yang melanda Sumatera Barat dan Sumatera Utara. Bantuan ini bertujuan memastikan sokongan segera sampai kepada komuniti yang terjejas.

Kuliah Dhuha: Al Azkar Imam Nawawi

17 disember 2025

Program ini merupakan sesi Kuliah Dhuha yang disampaikan leh Ustaz Hasnil Abu Bakar bagi memberikan pengisian rohani dan ilmu agama kepada peserta. Kuliah ini diadakan secara fizikal di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong serta disiarkan secara langsung di Facebook bagi capaian lebih luas kepada masyarakat.

NISA’ Small Kidness: I Love School 2026

20 Disember 2025

Yayasan Nur Ramlah telah menyampaikan sumbangan wang RM2,000 serta 70 set buku terbitan YNR kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, sebagai sokongan bantuan persekolahan dan pengisian ilmu.

Tahun 2024

Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yaasin Pembukaan Pusat Aktiviti YNR

Januari 2024

Majlis ini telah diadakan sempena pembukaan rasmi Pusat Aktiviti Yayasan Nur Ramlah. Pihak yayasan turut memberi sumbangan wakaf kepada Pusat Pendidikan Al-Hikmah sebagai tanda sokongan kepada institusi pendidikan setempat.

Sumbangan Bubur Lambuk

Mac 2024

Program edaran bubur lambuk secara percuma kepada komuniti sempena bulan Ramadan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al-Hidayah KL.

Jejak Asnaf Ramadan 1445H

Mac 2024

Sumbangan wang diberikan kepada program tahunan SRICU sebagai inisiatif membantu keluarga asnaf menjelang Ramadan.

QuranTime di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)

April 2024

Bersama pihak Hospital dalam menjayakan program QuranTime 2024 bersama kakitangan dan peserta yang terlibat.

Tahun 2023

Pemasaran & Waqaf Buku Mini YNR

Sepanjang tahun 2023

Sebagai lanjutan kepada usaha dakwah melalui penulisan, Yayasan Nur Ramlah telah giat memasarkan dan mewaqafkan buku-buku mini kepada pelbagai komuniti sepanjang tahun 2023.

Infaq Bubur Lambuk Ramadhan @ PPRT Intan Baiduri

Mac 2023

Dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Al Hidayah PPR Taman Wahyu, aktiviti infaq bubur lambuk sempena Ramadhan ini turut disertai dengan edaran buku mini YNR kepada penduduk setempat sebagai bahan bacaan santai yang penuh pengisian.

Sumbangan Buku untuk Program Iftar Perdana MaQTaR KuiZm

ApriL 2023

Buku-buku YNR disumbangkan bagi memeriahkan majlis berbuka puasa anjuran MAQTAR, sebagai nilai tambah spiritual untuk para hadirin.

Waqaf Buku @ Hospital UiTM Puncak Alam

23–24 Mei 2023

Sebanyak 300 buah buku telah diwaqafkan kepada pesakit dan pengunjung Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA. Inisiatif ini bertujuan untuk membawa ketenangan jiwa dan pengisian rohani pesakit dan waris dalam waktu rawatan.

Penerbitan Buku Terbaru

2023

Dua judul baharu telah diterbitkan dan menyertai koleksi dakwah mini YNR:

1. Inilah Neraka(cetakan semula dengan kemaskini)

2. Nabi Daud – Kisah Nabi Daud untuk bacaan umum

Program Qorban YNR 2023

1 – 3 Julai 2023

Program ibadah korban telah dilaksanakan dengan lancar melibatkan penyembelihan dan pengagihan daging korban kepada golongan asnaf dan komuniti setempat.

Kerjasama Infaq Buku dengan My Grocer

19 Ogos 2023

Melalui inisiatif bersama My Grocer, buku mini YNR telah diedarkan secara waqaf kepada penduduk setempat.

Renovasi Bilik Kuliah & Mesyuarat YNR

8–23 November 2023

Transformasi ruang pejabat ini bertujuan memperkasa suasana kerja dan pembelajaran yang lebih selesa bagi aktiviti dalaman YNR.

Lawatan ke Yayasan Al-Jenderami

14 Disember 2023

Lawatan ini membuka peluang kolaborasi dakwah serta perkongsian pengalaman antara dua institusi.

Tahun 2022

Penerbitan Buku Mini Dakwah

Sepanjang tahun 2022

Sebagai salah satu usaha dakwah yang berterusan, Yayasan Nur Ramlah telah menerbitkan buku mini bertemakan ilmu dan nasihat Islam untuk bacaan santai masyarakat umum. Pada 12 Ogos 2022, sebanyak 14 buah buku telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diiktiraf sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum.

Buku-buku ini telah pun tersebar luas bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga hingga ke Indonesia, Mekah dan Madinah, membawa mesej kebaikan dan inspirasi kepada lebih ramai pembaca.

Senarai Buku Mini Dakwah:

  • Apa Khabar Pesakit
  • Mabrur – Jalan Menuju Allah
  • Aku Rindu Cintai Madinah
  • Sayangi Kaabah Kiblat Kita
  • Fakta Kursus Umrah
  • Berkatilah Pengantin
  • Berdamailah dengan Takdir
  • Doa Mustajab
  • Inilah Neraka
  • Itulah Syurga
  • Syaitan Musuh Yang Nyata
  • 4 Bulan Haram
  • Lambaian Kaabah
  • Infaq Segunung Uhud

 

Sumbangan Sosial Kepada Komuniti

Mac 2023

Yayasan Nur Ramlah terus komited menyantuni golongan memerlukan melalui bantuan kewangan dan sokongan sosial:

  • En. Saiful – Seorang mualaf yang menyara kakaknya yang kematian suami di PPR Pekan Batu.
  • Ustaz Shafie – Bantuan kewangan bagi pembelian kaki palsu.
  • Zahrin – Sumbangan untuk menampung kos rawatan hospital akibat sakit jantung.
  • Wilkend – Bantuan ehsan bagi kos pengangkutan jenazah ibunya dari IJN ke Sarawak

Tahun 2019

Kelas Al-Quran Dewasa Muslimat & Asas Al-Quran (Rumah Ngaji PPR Pekan Batu)

Sepanjang tahun 2019

Setiap Isnin malam di Rumah Ngaji PPR Pekan Batu, ruang kecil di flat komuniti ini menjadi tempat berkumpulnya para Muslimat untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran tanpa mengira peringkat kemahiran pembacaan al-Quran mereka.

Pada minggu pertama dan ketiga, pelajar yang sudah boleh membaca akan menyemak bacaan satu muka surat Al-Quran secara bergilir. Penekanan diberi pada tajwid dan pemahaman, diselangi kuiz ringkas serta tazkirah yang menyentuh aspek kehidupan seharian.

Sementara itu, minggu kedua dan keempat dikhususkan untuk kelas asas bagi mereka yang masih bertatih mengenal huruf bahasa Arab dan pembelajaran Iqra. Dengan penuh kesabaran, Ustaz Ghazali membimbing setiap seorang pelajar yang hadir.

Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ramlah, termasuk elaun pengajar. Ia terbuka secara percuma untuk penduduk setempat.

Kelas Al-Quran & Iqra Remaja dan Kanak-Kanak @ Rumah Ngaji PPR Pekan Batu

Sepanjang tahun 2019

Setiap Jumaat malam, Rumah Ngaji dipenuhi suara bacaan anak-anak remaja dan kanak-kanak. Mereka dibimbing dua ustazah berdedikasi yang menyemak bacaan satu persatu, menyesuaikan pengajaran mengikut tahap pelajar.

Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ramlah, termasuk elaun pengajar. Ia terbuka secara percuma untuk penduduk setempat.

Kelas Al-Quran Dewasa Muslimat @ Rumah Ngaji Jinjang Utara)

Sepanjang tahun 2019

Saban petang, golongan Muslimat berkumpul di Rumah Ngaji untuk memperbaiki bacaan al-Quran mereka. Dimulakan dengan zikir dan doa, kelas diteruskan dengan bacaan Surah Al-Mulk beramai-ramai, sebelum membaca Al-Quran seorang demi seorang di bawah bimbingan Puan Jumiah.

Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ramlah, termasuk elaun pengajar. Ia terbuka secara percuma untuk penduduk setempat.

Kelas Iqra Kanak-Kanak @ Rumah Ngaji Jinjang Utara

Isnin–Jumaat | 8 malam – 10 malam

Anak-anak kecil dari sekitar Jinjang Utara hadir setiap malam untuk kelas Iqra yang penuh kasih sayang. Bacaan doa membuka kelas, diikuti bacaan Iqra dua muka surat mengikut kemampuan masing-masing. Puan Jumiah sabar membimbing setiap anak – menjadikan pembelajaran satu pengalaman manis.

Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ramlah, termasuk elaun pengajar. Ia terbuka secara percuma untuk penduduk setempat.

Penerbitan Buku Mini Yayasan Nur Ramlah

Sepanjang tahun 2022

Pada tahun 2019, Yayasan Nur Ramlah menerbitkan beberapa buku mini sebagai bahan dakwah santai yang mudah diakses oleh masyarakat. Buku-buku ini dicetak semula beberapa kali atas permintaan.

Senarai Buku Mini Santai Dakwah:

  • Apa Khabar Pesakit
  • Berdamailah Dengan Takdir
  • Berkatilah Pengantin
  • Aku Rindu Cinta Madinah
  • Muhasabah Mabrur
  • Ahlan Wasahlan Ramadhan
  • Fakta Kursus Umrah

Tazkirah, Bacaan Al-Quran & Solat Hajat bersama Staff MTC Engineering Sdn Bhd

Dalam suasana kerja yang sibuk, sesi rohani ini menjadi ruang untuk para staf MTC Engineering memperbaharui jiwa. Dengan bacaan Al-Quran, tazkirah, dan solat hajat bersama, ia menjadi satu tradisi bulanan yang memperkuat hubungan antara dunia kerja dan spiritual.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop

    Copyright © 2025 Yayasan Nur Ramlah. All rights reserved.