Terma & Syarat
Yayasan Nur Ramlah
Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Nur Ramlah. Dengan mengakses laman ini atau membuat sebarang pembelian, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:
1. Produk
Semua buku dan bahan jualan adalah diterbitkan dan dikawal selia oleh Yayasan Nur Ramlah.
2. Pembayaran
Semua bayaran hendaklah dibuat penuh sebelum penghantaran diproses. Pembayaran yang berjaya akan disahkan melalui resit rasmi.
3. Harga
Harga yang dipaparkan di laman web adalah muktamad kecuali dinyatakan sebaliknya. Yayasan Nur Ramlah berhak mengubah harga tanpa notis.
4. Hak Cipta dan Harta Intelek
Semua kandungan termasuk teks, imej, grafik, logo, dan bahan penerbitan di laman ini adalah hak milik eksklusif Yayasan Nur Ramlah. Penggunaan semula tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.
5. Tanggungjawab Pengguna
Pengguna bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang diberikan semasa pembelian adalah tepat dan sah.
6. Perubahan Terma
Yayasan Nur Ramlah berhak mengubah, mengemas kini atau membatalkan mana-mana bahagian terma ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.