Polisi Penghantaran
Yayasan Nur Ramlah
Yayasan Nur Ramlah berusaha memastikan setiap pesanan anda dihantar dengan selamat dan dalam masa yang ditetapkan. Berikut adalah polisi penghantaran kami:
1. Kawasan Penghantaran
Kami menghantar ke seluruh kawasan di dalam Malaysia.
2. Tempoh Penghantaran
● Pesanan akan diproses dalam masa 1–3 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
● Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi:
● Semenanjung Malaysia: 3–5 hari bekerja
● Sabah & Sarawak: 5–7 hari bekerja
3. Kos Penghantaran
● Kos penghantaran akan dipaparkan semasa proses checkout.
● Promosi: Penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM1000.
4. Maklumat Penjejakan (Tracking)
● Setiap penghantaran disertakan dengan nombor penjejakan (tracking number).
● Nombor penjejakan akan dihantar ke emel atau WhatsApp pelanggan selepas penghantaran dibuat.
5. Tanggungjawab Penghantaran
● Yayasan Nur Ramlah tidak bertanggungjawab atas kelewatan penghantaran akibat faktor luar seperti bencana alam, gangguan logistik, atau kesilapan maklumat penghantaran yang diberikan oleh pelanggan.
Polisi Aduan Pelanggan
Yayasan Nur Ramlah menghargai setiap maklum balas dan komited untuk menyelesaikan sebarang aduan dengan adil dan cepat.
1. Cara Membuat Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan berkaitan produk, pesanan, atau perkhidmatan kami, sila hubungi kami melalui:
● WhatsApp: +6011-7070 7570
● Emel: yayasannurramlah@mtcgroup.com.my
Sila sertakan maklumat berikut:
● Nama penuh dan nombor pesanan
● Gambar produk (jika berkaitan)
● Keterangan ringkas tentang aduan anda
2. Tempoh Tindakan
Kami akan mengesahkan penerimaan aduan anda dalam tempoh 1–2 hari bekerja dan
berusaha menyelesaikannya dalam masa 3–5 hari bekerja, bergantung kepada jenis isu.
3. Keutamaan Kami
Kami berusaha untuk memberikan penyelesaian yang adil dan sewajarnya, termasuk pemulangan, pertukaran, atau penjelasan lanjut sekiranya perlu.