Polisi Pemulangan
Yayasan Nur Ramlah
Di Yayasan Nur Ramlah, kami komited untuk memastikan kepuasan hati para penyokong dan pelanggan kami. Polisi pemulangan dan pertukaran kami adalah seperti berikut:
1. Produk Rosak atau Cacat
Sekiranya buku atau produk yang diterima rosak atau cacat, anda boleh memohon pertukaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
● Sila sertakan gambar bukti kerosakan bersama permohonan.
● Produk mestilah dalam keadaan asal (tidak digunakan dan dalam pembungkusan asal).
● Pertukaran hanya dibenarkan bagi produk yang masih belum digunakan dan tidak diubahsuai.
2. Produk Salah
Jika anda menerima produk yang tidak sepadan dengan pesanan (contohnya tajuk buku salah), sila hubungi kami dalam masa 7 hari untuk pertukaran tanpa caj tambahan.
3. Syarat Umum Pemulangan/Pertukaran
Untuk melayakkan pemulangan atau pertukaran:
● Produk mestilah dalam keadaan asal (tidak digunakan, tidak diconteng, tidak rosak).
● Bukti pembelian seperti resit atau nombor pesanan diperlukan.
4. Kes Tidak Layak untuk Pemulangan
Permohonan pemulangan atau pertukaran tidak akan diterima bagi:
● Kesilapan dalam memilih tajuk, variasi, atau kuantiti semasa membuat pesanan.
● Produk yang dibeli semasa promosi “Clearance Sale” atau jualan penutupan stok.
5. Proses Pemulangan
Untuk memulakan proses pemulangan:
● Hubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel dengan butiran pesanan dan sebab pemulangan.
● Kami akan memberikan panduan lanjut berkenaan langkah seterusnya.
6. Kos Penghantaran Pemulangan
● Jika pemulangan disebabkan produk rosak atau kesilapan penghantaran, kos penghantaran pemulangan akan ditanggung oleh pihak kami.
● Jika pemulangan disebabkan keputusan atau kesilapan pelanggan, kos penghantaran pemulangan akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.